Aidilfitri | 30 peratus pegawai, anggota bomba dibenar bercuti

2022-04-06 0

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hanya akan membenarkan 30 peratus pegawai dan anggotanya untuk bercuti sempena Aidilfitri kali ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata selebihnya mereka akan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kes kecemasan.